MY ABA & MY MAK
Hi!!!...crite nie berkaitan dengan Kasih Seorang yang Bergelar Ayah.
~Seorang ayah berusaha mencari rezeki yang lebih untuk keperluan anak kesayangannya dan keperluan isterinya. Cerita ini hampir sama dengan kehidupan saya yang bergelar seorang anak. ^__^
Dalam sebuah “camp kayu balak”, tinggal sebuah sebuah keluarga yang hidup susah. Seorang ayah itu mempunyai 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kerana kesihatan isterinya yang tidak menentu Si Ayah bekerja keras untuk mencari duit yang lebih. Usaha Si Ayah ini adalah untuk keperluan anak-anak dan isterinya. Si Ayah berusaha dengan tulang empat keratnya melakukan setiap pekerjaan yang mendatangkan upah. Pada sebelah siangnya Si Ayah membuat pekerjaannya di padang untuk mengira dan mengukur kayu-kayu balak yang telah dipunggah oleh lori-lori balak. Pada sebelah petangnya pula Si ayah akan menjala ikan untuk dijual atau akan dijadikan lauk untuk keluarganya. Walaupun rutin hariannya ayah melakukan pekerjaan yang sama tapi Si ayah tidak pernah merunggut. Pada sebelah malamnya, dia akan membuat atau memperbaiki jala-jalanya sambil melihat karenah anak –anaknya sambil tersenyum.
Kesimpulan cerita ini adalah:
Betapa pun susah pekerjaan yang ayah kita lakukan untuk kita, dia tidak pernah merungut dan jauh sekali untuk memarahi. Malahan seorang ayah akan menyatakan “IYA” apabila anak-anaknya meminta sesuatu walaupun dia tidak mampu membelikannya untuk mereka. Kerana kasihnya pada anaknya dan isterinya dia sanggup melakukan segala-galanya dan tidak pernah mengenal erti penat lelah.
~Tuhan berkati setiap Ayah-ayah di dunia ini.Amen

No comments:
Post a Comment